Madu Sidr Yaman adalah madu terbaik di dunia kerana sifatnya yang kaya dengan nutrisi dan mempunyai banyak manfaat. Ia telah di gunakan selama berabad-abad dan telah terbukti menjadi altenatif terbaik untuk rawatan semulajadi yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Pokok Sidr adalah sumber di sebalik khasiat Madu Sidr Yaman ini. Ia adalah pokok purba yang tumbuh di sekitar Yaman, terutama di rantau Hadramaut. Semua bahagian Pokok Sidr mempunyai faedah yang mengagumkan. Buahnya mempunyai kandungan tenaga yang sangat tinggi dan kaya dengan protein, daunnya pula tinggi kalsium, zat besi dan magnesium. Malah akarnya digunakan sebagai ramuan dalam pembuatan ubat-ubatan moden.
Lebah yang makan dari pohon ini akan terbang ke gunung dan menghasilkan madu di dalam gua. Madu eksklusif ini kemudian dituai dan dimakan oleh orang di seluruh dunia untuk rawatan penyakit yang tidak terhitung jumlahnya.
Kelebihan Madu Sidr Yaman
Madu Sidr Yaman telah terbukti dapat membantu masalah perut, penyakit berjangkit, pelbagai penyakit, kanser, masalah pencernaan, masalah hati, luka, penjagaan kulit, sembelit, penyakit mata dan pelbagai lagi masalah kesihatan. Ia juga menguatkan sistem imun tubuh secara keseluruhannya untuk kesihatan dan kecergasan yang lebih baik.
Cara Penggunaan Madu Sidr Yaman
Madu Sidr Yaman disyorkan untuk diambil secara langsung, 1 hingga 3 sudu kecil sehari. Anda juga boleh mencampurkan madu Sidr dengan air panas, lemon dan minyak habatus sauda untuk kesan yang maksimum.
Selain itu, ia juga sesuai digunakan untuk tujuan lain seperti merawat luka, menyapu pada rambut untuk menguatkan akar rambut, dan digunakan sebagai pembersih wajah dicampur dengan minyak semula jadi.
Madu Sidr Yaman Ayubee
Ayubee menjual Madu Sidr Yaman yang berkualiti tinggi gred A++ yang 100% asli & organik. Kami mempunyai 3 jenis Madu Sidr Yaman Asli iaitu:
Royal Sidr Honey
Ayubee Royal Sidr Honey di ambil dari lembah padang pasir di Yaman. Ia dituai pada musim panas. Ia mempunyai tekstur yang pekat & tebal dan warnanya perang kemerahan dengan rasa yang unik.
Ia mempunyai banyak manfaat & kelebihan terutamanya anti-bakteria & memerangi penyakit berjangkit.
Ayubee Wildflower Sidr Honey dituai pada musim bunga di kawasan Hadramawt, Yaman. Ia mempunyai bau & rasa bunga menjadikan madu ini pilihan yang popular.
Rasanya menyenangkan dan berkesan membantu masalah perut dan penyakit berkaitan pernafasan.
Ayubee Mountain Sidr Honey diambil dari pokok Sidr yang tumbuh di kawasan pergunungan di Pakistan.
Terkenal sebagai natural booster yang akan menguatkan sistem imun & sistem pertahanan badan. Ia bertindak secara semulajadi untuk membantu menghalang pelbagai penyakit dan rasa cepat letih.
Ia mempunyai rasa bunga berkayu serta tekstur licin halus.